Secara analoginya,  lelaki berasal dari planet Marikh, manakala  wanita pula berasal dari  planet Zuhrah. Sebelum ini mereka hidup dalam  puak masing-masing. Mereka  ditakdir berjumpa dan akhirnya jatuh cinta  antara satu sama lain.  Tarikan yang wujud dan kepercayaan bahawa mereka  mampu bahagia telah  membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk  hidup bersama.    
Mereka kemudiannya mula hidup sebagai pasangan dan membina kehidupan   yang bahagia di bumi. Sedikit demi sedikit mereka berusaha membina   keluarga bahagia yang diingini. Setelah menetap lama di bumi, mereka   mula melupakan asal-usul kisah sendiri. Mereka lupa bahawa mereka   sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mereka adalah berlainan sejak   awalnya kerana datang dari planet yang berbeza. Perkara ini seterusnya   mencipta konflik. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah sama satu  sama  lain. Namun begitu yang pasti, tanggapan mereka salah.
Sang Marikh mahu dirinya difahami. Tetapi bahasa cinta ini tidak  dapat  difahami oleh Sang Zuhrah. Sang Marikh cuba menjauhkan diri untuk  mencari  penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Kelakuan yang dilakukan  oleh  Sang Marikh membuatkan Sang Zuhrah menyangka bahawa pasangannya  telah  berubah. Begitu juga yang berlaku pada Sang Zuhrah. Kod yang ada  padanya  membuatkan dia mahu selalu ditemani. Dia mahu Sang Marikh  sentiasa  bersamanya. Namun begitu, Sang Marikh bertindak membiarkannya   keseorangan apabila sesuatu masalah berlaku. Sang Marikh percaya bahawa   dengan membiarkan Sang Zuhrah untuk sementara waktu akan memberi ruang   dan kelegaan kepadanya. Tetapi anggapan Sang Marikh silap!
Jangan Lupa Perbezaan Kita!
Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir,   bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka   bercinta adalah sama seperti kita bercinta. Kesannya, apabila pasangan   kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat 'normal',   membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu.   Sebenarnya adalah tidak!
Bahasa cinta Sang Zuhrah adalah tidak sama dengan Sang Marikh. Sang  Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah.   Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali   kepada Sang Zuhrah berbanding Sang Marikh. Dia mahu ada orang di sisi   untuk membelainya dalam proses memenuhi kod emosinya. 
Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang  berlainan, mencetuskan konflik. Sang Marikh sentiasa menyalahkan Sang  Zuhrah kerana  tidak memberi ruang padanya. Sang Zuhrah pula menyalahi  Sang Marikh kerana Sang Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya.  Pergaduhan  berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu  perpisahan. Hal  ini gara-gara Sang Zuhrah dan Sang Marikh lupa pada  asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka   adalah sama tetapi  sebenarnya  berbeza disebabkan datang daripada  planet yang berlainan.
Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita   adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu,   ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu   nasihat yang dikongsi oleh John Gray adalah sentiasa mengingati kita   adalah berbeza.
Artikel iLuvislam.com
 
 
No comments:
Post a Comment